What do beauty women concern is weight management, how to lost weight, lost weight, weight lost, corset, corsets, corset dress, corset size, panty, panties, bra, bras, bra size, girdle, girdles, waist nipper, lingerie & more & more...mmmmm....

Saturday, 19 November 2011

Jenis- jenis Gemuk



Kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 peratus ideal.Ini berlaku disebabkan kalori yg masuk kedalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan.Maka akan penyebabkan berlaku pengumpulan lemak dibahagian bahagian tertentu badan.


Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :

Gemuk Air

•Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
•Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.

Gemuk Angin

• Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.
• Mudah mendapat sakit kepala.


GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN

Picit bahagian lengan tangan,korang akan merasai lengan tangan mengelambir dan lembik.

Gemuk Daging

• Badan berasa berat dan pejal.
• Mudah penat apabila melakukan tugas harlan.
• Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin mi kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
• Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan

GEMUK DAGING

Picit bahagian lengan tangan,korang akan merasa pejal dan padat.

Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.

Friday, 18 November 2011

Indeks Jisim Badan

Indeks Jisim Badan (BMI) (bahasa Inggeris: Body Mass Index) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.

Indeks Jisim Badan
Carta Status BMI

Kurus Kurang 20.6

Normal 20.7 - 26.4

Gemuk 26.5 - 30.9

Obesiti 31.0 - 45.2

Bahaya Lebih 45.3

Anda tahu tidak, bagaimana cara untuk mendapatkan berat badan yang ideal? Kalau anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, anda boleh menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:

Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):

BMI = berat(kg)
------------------------------
tinggi(m) x tinggi(m)



Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah melihat carta di sebelah atas bagi menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu kurus.

Anda janganlah bersedih terhadap keputusan yang anda perolehi, kerana anda mungkin mengurangkan berat badan dengan memakan makanan yang seimbang.

10 Punca Gemuk

RAMAI yang mengadu bahawa mereka tidak berjaya mendapat berat badan yang diidam-idamkan.

Ada yang nak langsing, tapi tak boleh-boleh juga langsing, badan tetap berisi, berat tetap tak mahu turun-turun.

Kita akan berkongsi petua tentang 10 sebab mengapa badan boleh jadi gemuk. Kenapa berat anda tidak mahu turun...


1. Tenaga yang tidak seimbang di dalam badan.

Untuk memastikan bahawa berat anda berada pada BMI atau berat normal yang ideal, anda perlu memastikan bahawa nilai tenaga yang ada di dalam tubuh anda berada pada kadar yang normal dan seimbang.

Seimbang ini bermakna nilai kalori dan tenaga yang anda perolehi mestilah berada pada kadar yang sama dengan jumlah tenaga yang anda keluarkan.

Tenaga atau kalori akan diperoleh melalui pemakanan manakala ianya akan dikeluarkan melalui aktiviti-aktiviti, senaman dan sebagainya.

Justeru, pastikan bahawa anda sentiasa menyeimbangkan nilai kalori dan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.

Banyakkan aktiviti riadah, kurangkanlah pengambilan kalori.


2. Gaya Hidup yang kurang aktif.

Ini ramai yang buat. Ramai di kalangan kita yang sering mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Ringkasnya, gaya hidup yang tak aktif.

Mengikut kajian, dengan menonton televisyen atau berada di hadapan komputer selama dua jam sehari secara berterusan, boleh dikaitkan dengan risiko penambahan berat badan!

Betul, kita tak boleh nak elakkan hal ni. "Dah aku kerja memang menghadap komputer, nak buat macamana?" Ya, sebab itu gaya hidup ini juga memainkan peranan yang cukup besar sekali dalam menentukan berat badan anda.

Kalau kita lihat juga dengan pembangunan ekonomi negara kita dan dunialah secara amnya, kita memang tidak boleh nak menyangkal bahawa dunia semakin mengorak ke depan dan maju. Gaya hidup pun dah semakin jauh berubah.

Kalau dulu, datuk dan nenek kita mampu berjalan beratus-ratus meter untuk ke kebun, kita hari ni bagaimana pula? Ke kedai nak beli surat khabar pun naik kereta. Itulah dunia.


3. Genetik dan faktor keluarga.

Yang ini semua tak boleh nak elak. "Dah emak saya badan besar, dah bapa saya gemuk, nak buat macam mana? Kena terimalah. Redha sajalah apa yang ada" Tapi, ingat.. anda juga perlu berusaha!!

Ya, kebarangkalian untuk anda menjadi gemuk adalah jauh lebih tinggi jika kedua ibu bapa anda turut gemuk.

Hasil kajian mendapati genetik juga mempengaruhi kadar pembetukan lemak di dalam tubuh anda. Ia juga mempengaruhi di mana dan bagaimana lemak-lemak itu bakal terkumpul di dalam anggota tubuh. Semua ini bergantung pada faktor keluarga dan genetik.


4. Faktor kesihatan.

Beberapa jenis penyakit juga dikaitkan dengan faktor kegemukan. Antaranya ialah hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh), cushing syndrome dan polycstic ovarian syndrome.

Kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme di dalam badan. Ini akan mengurangkan lagi nilai-nilai tenaga yang akan dikeluarkan, dan secara langsung akan meningkatkan berat badan anda.


5. Ubat-ubatan.

Ubat yang anda gunakan juga boleh mempengaruhi akan berat badan seperti antidepresi, corticosteroid dan sebagainya. Sesetengah ubat yang diambil boleh merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita.

Ada juga yang secara tidak langsung mampu meningkatkan selera makan dan meningkatkan pengumpulan jumlah air di dalam tubuh.


6. Faktor emosi.

Emosi juga memainkan peranan. Bila emosi kita terganggu, biasanya keseluruhan hidup kita juga akan terganggu,benar bukan?

Bila anda tertekan, marah, stress, boring dan sebagainya, ini secara langsung akan mempengaruhi kadar pemakanan anda.

Ramai orang yang sedang berada di dalam keadaan ini akan mengambil lebih makanan untuk cuba meredakan tekanan hidup, untuk menghilangkan stres mereka ketika itu.


7. Merokok.

Ya, ini untuk mereka yang merokok. Boleh juga dikatakan berita gembira buat mereka semua.

Mengikut kajian, merokok ini dapat mengurangkan berat badan seseorang. Ini kerana nikotin yang terkandung di dalam rokok itu dapat meningkatkan lagi kadar pembakaran kalori di dalam tubuh.

Ha, sebab itulah kita selalu lihat ramai kawan-kawan kita yang berhenti merokok ni banyak selera makan. Sebab apa, ya? Ini kerana apabila mereka berhenti merokok, badan mereka akan membakar kalori dengan kadar yang lebih rendah, lebih lambat berbanding sebelumnya. Lemak-lemak pun lebih lambat untuk dibakar.

Kalau semasa dulu mereka merokok, ada nikotin untuk meningkatkan pembakaran kalori, sekarang sudah tidak ada lagi. Kalau dulu nikotin boleh membantu untuk jadi kurus, sekarang telah tiada.

Jadi, sebab itulah mereka lebih gemuk selepas berhenti merokok, kerana mereka membakar nilai kalori lebih rendah setelah berhenti merokok.

Walau bagaimanapun, merokok merupakan salah satu tabiat yang amat berbahaya di dalam kesihatan dan kehidupan kita. Berhentilah merokok, kerana merokok itu lebih berbahaya jika dibandingkan dengan risiko penambahan berat badan.

Dengan merokok, anda akan meningkatkan kebarangkalian yang lebih berganda-ganda untuk mendapat pelbagai jenis penyakit dan kanser. Sebut apa sahaja kanser dan penyakit di dunia, hampir keseluruhan risikonya ada kaitan dengan merokok.

Maka, berhentilah merokok.


8. Umur

Bila anda semakin berusia, anda akan mula kehilangan nilai dan kuantiti otot-otot anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang aktif. Kekurangan otot-otot secara tidak langsung akan merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan lagi risiko penambahan berat badan.

Justeru, jika anda gagal untuk menurunkan nilai kalori yang ada di dalam tubuh anda, anda adalah lebih berisiko untuk mendapat kegemukan.


9. Mengandung (Hamil).

Mengandung juga mempengaruhi kadar kegemukan anda. Ketika wanita hamil, mereka memerlukan lebih tenaga dan kalori untuk turut sama diperolehi anak mereka di dalam kandungan.

Ramai wanita-wanita yang mengadu bahawa mereka sukar untuk mengembalikan berat badan mereka yang ideal selepas melahirkan anak.


10. Kurang tidur.

Ya, kurang tidur pun adalah satu punca bagi masalah kegemukan. Apabila anda kurang tidur, anda turut mengalami risiko pertambahan berat badan.

Hormon yang dikeluarkan oleh tubuh semasa anda tidur akan mengawal kadar selera makan anda, juga akan mengawal kadar penggunaan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.

Contohnya, hormon insulin akan mengawal kandungan gula di dalam tubuh anda ketika anda tidur. Justeru, apabila anda kurang mendapat tidur, jangan terkejut jika nilai kandungan tenaga dan gula yang ada di dalam tubuh anda berada hampir sama dengan penghidap penyakit diabetes.

Apabila anda mendapat kurang tidur secara berterusan, anda juga akan memiliki sejenis hormon yang tinggi di dalam badan yang dipanggil sebagai ghrelin. Hormon ghrelin ini merupakan hormon yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kadar selera makan anda.

Pada masa yang sama, apabila kurang tidur, anda juga akan memiliki kandungan hormon leptin yang rendah di dalam tubuh. Hormon leptin ini bertanggungjawab untuk menahan selera makan anda. Apabila kandungan hormon leptin ini rendah, selera makan anda akan bertambah!

Sekarang semuanya bergantung pada diri anda. Anda yang berhak untuk menentukan berat anda. Kalau mahu terus dengan berat anda sekarang, maka kekalkanlah.

Bagi yang mahu berubah, maka berubahlah. Setiap daripada kita punyai impian, ada harapan dan cita-cita masing-masing. Semoga semuanya akan tercapai.


Merawat Obesiti

Merawat masalah Obesiti

Pada hari ini masalah lemak berlebihan yang keterlaluan atau juga dikenali sebagai obesiti merupakan antara topik paling popular dibicarakan terutama mengenai usaha untuk mencari penawarnya.

Pengaruh Barat yang dipaparkan melalui iklan-iklan dan pertunjukan-pertunjukan fesyen bahawa mereka yang bertubuh kurus dianggap cantik dan sempurna menyebabkan ramai di antara kita berusaha untuk mendapatkan berat badan yang sedemikian.

Selain kesedaran berhubung kesan obesiti pada status kesihatan dan perkembangan psikososial seseorang, berat badan berlebihan sering dikonotasikan dengan gambaran negatif. Namun, rata-rata mereka yang berusaha mendapatkan berat badan idaman dan mengekalkannya sering menemui jalan buntu.

Pakar Perunding Perubatan (Endokrinologi), Jabatan Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya Dr. Nor Azmi Kamaruddin berkata, dalam menangani masalah obesiti, individu terbabit kena memahami tubuh badan dan keadaan diri mereka sendiri. Menurut beliau, mereka yang ingin menurunkan berat badan perlu realistik. ``Senario proses menurunkan berat badan yang kita lihat hari ini rata-ratanya agak tidak praktikal. ``Contohnya, jika berat badan ialah 100 kilogram, individu terbabit ingin menurunkan hingga ke 60 kilogram. Ini adalah sesuatu yang tidak praktikal dan mustahil,'' ujarnya.

Obesiti diertikan sebagai jumlah berat badan yang berlebihan akibat kandungan lemak. Dianggarkan sebanyak enam peratus rakyat Malaysia menghadapi masalah ini. Menurut Dr. Nor Azmi, peningkatan penyakit diabetes di negara ini sejajar dengan meningkatnya masalah obesiti.

Pada tahun 2000, kadar peningkatan diabetes meningkat hingga 10 peratus berbanding tiga peratus pada tahun 1992. ``Di England, peningkatan obesiti sama banyaknya dengan masa yang dihabiskan ketika menonton televisyen,'' jelasnya. Tambah beliau, dalam usaha menurunkan berat badan masalah yang sering timbul ialah mengekalkannya. ``Biasanya apabila kita telah berusaha untuk mengurangkan berat badan, masalah yang muncul ialah untuk mengekalkan berat badan baru yang telah kita peroleh,'' ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan mereka yang ingin menurunkan berat badan supaya tidak terlalu obses dengan berat badan yang mereka ingini. Sebaliknya, sasaran utama yang perlu ditekankan ialah individu terbabit haruslah realistik dengan berat badan yang ideal dan sesuai dengan ketinggian mereka.

Pada peringkat awal, cuba kurangkan berat badan sebanyak 10 peratus dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan. Tambahnya, mereka yang menghadapi masalah obesiti juga tidak seharusnya mudah terpengaruh dengan program-program menguruskan badan yang banyak digembar- gemburkan di media massa. ``Sebahagian besar produk atau program-program yang ditawarkan untuk menguruskan badan terbukti tidak benar-benar berkesan. ``Memang ada yang berjaya dengan menggunakan kaedah ini, tetapi kejayaan seseorang tidak boleh dijadikan ukuran sebenar untuk menilai keberkesanan sesuatu produk,'' ujarnya.

Dr. Nor Azmi memberitahu, untuk membuktikan sama ada sesuatu produk itu benar- benar berkesan kepada pengguna, ia haruslah dibuktikan secara saintifik dengan lebih 50 peratus pesakit berjaya menurunkan berat badan dalam tempoh enam hingga 12 bulan. Menurut beliau, terdapat empat kaedah yang perlu dilakukan oleh mereka yang menghadapi masalah obesiti. Ini termasuklah diet, senaman, ubat-ubatan dan pembedahan.

Pembedahan rawat Obesiti

Pembedahan ini bukan pembedahan kosmetik yang boleh menguruskan badan. Ia hanya digunakan bagi mereka yang mempunyai masalah obesiti yang serius. Jaminan keberkesanan kaedah ini ialah sebanyak 90 peratus dengan pengurangan berat badan antara 30 hingga 50 kilogram. Namun, ia juga mempunyai implikasi tersendiri seperti muntah, kekurangan zat vitamin dan jahitan terbuka.
Antara jenis pembedahan yang dilakukan ialah:

o Jaw wiring - mengecilkan bukaan rahang mulut supaya individu tersebut tidak boleh makan dengan banyak.

o Gastric reduction - mengecilkan kandungan perut supaya makanan tidak dapat diisi dengan banyak.

o Ile-jujenal bypass (Roux-EnY) - pembedahan pintasan di mana perut akan disambung terus ke usus kecil sekali gus menghalang makanan daripada dihadamkan.

Ubat-ubatan rawat Obesiti

Kaedah ini dapat membantu mengurangkan sebanyak antara lima hingga 10 peratus berat badan.

Terdapat empat jenis ubat-ubatan iaitu:



o Lipase inhibator. Ubat ini menghalang enzim lipase di dalam saluran penghadaman memproses lemak makanan yang dimakan daripada menyerap ke dalam tubuh. Bagaimanapun, ia hanya menyekat 1/3 daripada lemak tersebut dan bakinya akan memasuki sistem penghadaman makanan.



o Ubat mengekalkan paras hormon adrenalin dan serotonin. Dengan memakan ubat ini, ia akan mengawal fungsi selera makan dalam otak yang menyebabkan individu terbabit berasa kenyang. Kesan sampingannya ialah hipertensi, sukar tidur, jantung berdebar, panas dan sebagainya.



o Ubat kencing manis. Ia boleh bertindak terhadap sel-sel tubuh dengan memperbaiki sensitiviti sel terhadap hormon insulin.



o Ubat antikemurungan. Walaupun ia boleh menurunkan berat badan, ia tidak digunakan untuk mengurangkan berat badan kerana ia boleh menimbulkan kesan sampingan.

Senaman rawat Obesiti

o Senaman perlu dilakukan secara berterusan setiap hari dalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja bergantung kepada aktiviti yang dilakukan.

o Sebaik-baiknya amalkan senaman selama 15 minit setiap hari daripada bersenam selama dua jam tetapi hanya seminggu sekali.

o Senaman ini merangkumi berjoging, berbasikal, aerobik, bersukan, berenang dan sebagainya.

Diet rawat Obesiti

1. Elakkan makanan yang tinggi kandungan kalori seperti makanan yang banyak lemak dan gula. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan menggoreng makanan. Banyakkan makanan yang direbus dan dibakar.

2. Elakkan menggunakan susu pekat manis.

3. Kurangkan kandungan gula dalam minuman dan kuih-muih.

4. Makan ikut jadual dan elakkan meninggalkan jadual makan.

5. Jangan gelojoh ketika makan dan ambil masa untuk memberi rasa kekenyangan.

6. Kurangkan makan di waktu malam, elakkan snek ketika menonton televisyen.

7. Pengurangan antara 500 hingga 1,000 kalori sehari dapat mengurangkan antara 0.5 hingga 1 kilogram sebulan.

Penilaian Obesiti

Bagaimana menyukat tahap obesiti :



Selain berat badan berlebihan, seseorang boleh menilai sama ada

ia tergolong dalam kategori obesiti melalui ukuran diameter di pusat:

• Bagi wanita jika ukuran melebihi 88 sentimeter = risiko tinggi

mendapat penyakit dan dikategorikan dalam golongan obesiti.



• Bagi lelaki jika ukuran melebihi 102 sentimeter = risiko tinggi

untuk mendapat penyakit dan dikategorikan dalam golongan obesiti.



Kesesuaian Berat Badan (BMI)

Kaedah untuk mengukur kesesuaian berat badan BMI

(Indeks Jisim Badan) kg 72 Ketinggian (m2) 1.7x1.7



Ukuran berat badan boleh dilakukan berdasarkan panduan seperti:

1. Normal: 17-25

2. Berat badan berlebihan: 25-30

3. Obesiti tahap I: 30-35

4. Obesiti tahap II: 35-40

5. Obesiti tahap III: 40 ke atas


Implikasi Obesiti

Implikasi obesiti :

Risiko menghidap pelbagai penyakit seperti:

• Penyakit hipertensi

• Penyakit jantung koronari

• Diabetes Mellitus

• Kanser terutamanya kanser buah dada, usus dan lain-lain

• Gout dan sakit sendi (osteoartritis)

• Masalah pernafasan - sleep apnea syndrome

• Masalah batu dalam pundi hempedu (gall bladder)

• Bagi wanita mereka biasanya menghadapi masalah sakit puan seperti kitaran haid yang tidak menentu, ketidak- suburan dan sebagainya.

• Risiko psikososial:
Individu yang terlalu gemuk akan menghadapi masalah kurang keyakinan diri kerana mereka menjadi bahan bualan. Dari aspek sosial, masyarakat memandang rendah terhadap mereka dan tidak ramai yang ingin bergaul dengan mereka. Kajian menunjukkan individu yang mengalami obesiti kurang mendapat peluang kenaikan pangkat dalam pekerjaan mereka kerana ia sering dikaitkan dengan tabiat malas.

Punca Obesiti


Hampir sebahagian besar masalah obesiti ini berpunca daripada faktor luaran seperti:
  • Pemakanan. Pemakanan yang berlebihan terutama makanan yang mengandungi kalori (tenaga) tinggi. Ini termasuklah makanan yang mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi.

  • Kurang melakukan senaman.

  • Kesibukan bekerja, menonton televisyen dan banyak menghabiskan masa di depan komputer.

  • Penyakit-penyakit metabolisme endokrin seperti kekurangan atau terlebih hormon hormon pertumbuhan kortisol. Sekiranya kekurangan hormon thyroxsin atau kekurangan hormon lelaki (testosteron) seseorang boleh mengalami masalah berat badan berlebihan.

  • Ada kalanya ketumbuhan pada hipotalamus boleh menyebabkan individu mempunyai berat badan berlebihan kerana selera makan yang tinggi.

  • Ubat-ubatan. Amalan memakan sesetengah ubat-ubatan seperti steroid atau ubat tradisional Cina boleh mengakibatkan berat badan bertambah. Steroid yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit diabetes dan hipertensi.

  • Masalah genetik. Terdapat beberapa gen dalam tubuh yang menyebabkan berat badan berlebihan. Sindrom-sindrom seperti Prader-Willi, Laurence Moon Biedl dan sebagainya boleh menyebabkan obesiti.

  • Sindrom metabolik. Sindrom metabolik iaitu sejenis penyakit keturunan menyebabkan seseorang itu mempunyai berat badan yang berlebihan, diabetes, hipertensi, tahap kolesterol yang tinggi, gout dan sebagainya.

Thursday, 17 November 2011

Weight loss

Weight Loss: Health Risks Associated With Obesity

13 July 2011

The health problems associated with obesity are numerous. Obesity is not just a cosmetic problem. It\\\\\\\'s a health hazard. Someone who is 40% overweight is twice as likely to die prematurely as is an average-weight person. This is because obesity has been linked to several serious medical conditions, including:

  • Heart disease and stroke.
  • High blood pressure.
  • Diabetes.
  • Cancer.
  • Gallbladder disease and gallstones.
  • Osteoarthritis.
  • Gout.
  • Breathing problems, such as sleep apnea (when a person stops breathing for a short time during sleep) and asthma.


Doctors generally agree that the more obese a person is the more likely he or she is to have health problems. People who are 20% or more overweight can gain significant health benefits from losing weight. Many obesity experts believe that people who are less than 20% above their healthy weight should still try to lose weight if they have any of the following risk factors.

Family history of certain chronic diseases. People with close relatives who have had heart disease or diabetes are more likely to develop these problems if they are obese.

Pre-existing medical conditions. High blood pressure, high cholesterol levels, or high blood sugar levels are all warning signs of some obesity-associated diseases.

"Apple" shape. People whose weight is concentrated around their stomachs may be at greater risk of developing heart disease, diabetes or cancer than people of the same weight who are "pear-shaped" (they carry their weight in their hips and buttocks).

Fortunately, even a modest weight loss of 10 to 20 pounds can bring significant health improvements, such as lowering one\\\\\\\'s blood pressure and cholesterol levels.

How Is Obesity Linked to Heart Disease and Stroke?
Heart disease and stroke are the leading causes of death and disability for people in the U.S. Overweight people are twice as likely to have high blood pressure, a major risk factor for heart disease and stroke, than people who are not overweight. Very high blood levels of cholesterol can also lead to heart disease and often are linked to being overweight. Being overweight also contributes to angina (chest pain caused by decreased oxygen to the heart) and sudden death from heart disease or stroke without any signs or symptoms.

The good news is that losing a small amount of weight can reduce your chances of developing heart disease or a stroke. Reducing your weight by 10% can decrease your chance of developing heart disease.

How Is Obesity Linked to Diabetes?
Type 2 diabetes reduces your body\\\\\\\'s ability to control blood sugar. It is a major cause of early death, heart disease, stroke, and blindness. Overweight people are more than twice as likely to develop type 2 diabetes compared to normal weight people. More than 80% of cases of type 2 diabetes can be attributed to being overweight or obese. You can reduce your risk of developing type 2 diabetes by losing weight and exercising more. If you have type 2 diabetes, losing weight and becoming more physically active can help control your blood sugar levels. Increasing your physical activity may also allow you to reduce the amount of diabetes medication you need.

How Is Obesity and Cancer Linked?
Several types of cancer are associated with being overweight. Being obese also increases the risk of dying from cancer. In women, these include cancer of the uterus, gallbladder, cervix, ovary, breast, and colon. Overweight men are at higher risk for developing colorectal cancer and prostate cancer. For some types of cancer, such as colon or breast, it is not clear whether the increased risk is due to the extra weight or to a high-fat, high-calorie diet.

How Is Obesity Related to Gallbladder Disease?

Gallbladder disease and gallstones are more common if you are overweight. Your risk of disease increases as your weight increases. It is not clear how being overweight may cause gallbladder disease.

Ironically, weight loss itself, particularly rapid weight loss or loss of a large amount of weight, can actually increase your chances of developing gallstones. Modest, slow weight loss of about 1 pound a week is less likely to cause gallstones.

How Does Obesity Cause Osteoarthritis?

Osteoarthritis is a common joint condition that most often affects the knee, hip, and lower back joints. Carrying extra pounds places extra pressure on these joints and wear away the cartilage (tissue that cushions the joints) that normally protects them.

Weight loss can decrease stress on the knees, hips, and lower back and may improve the symptoms of osteoarthritis.

How Is Obesity Linked to Gout?

Gout is a disease that affects the joints that is caused by high levels of a substance called uric acid in the blood. The large amount of uric acid can form into solid or crystal-like masses that deposit in the joints. Gout is more common in overweight people and the risk of developing the disorder increases with higher body weights.

Over the short term, certain dietary changes may lead to an attack of gout in people who have high levels of uric acid or who have had gout before. If you have a history of gout, check with your doctor before trying to lose weight.

How Is Obesity Linked to Sleep Apnea?

Sleep apnea is a serious breathing condition that is associated with being overweight. Sleep apnea can cause a person to snore heavily and to stop breathing for short periods during sleep. Sleep apnea may cause daytime sleepiness and even heart failure. The risk for sleep apnea increases as body weight increases. Weight loss usually improves sleep apnea.

Wednesday, 16 November 2011

Majalah NETWORKER

Majalah NETWORKER, Edisi 2, November 2011
Penerbitan Skyhigh Venture Sdn. Bhd. K. Lumpur.
Harga : RM 15.00

Ini adalah terbitan pertama khusus mengenai topik
dunia MLM, dalam bahasa Melayu sepenuhnya.

Edisi kali ini, memberi liputan utama mengenai
TNPOD8581 Hai-O iaitu kumpulan tersohor bumiputera
di persada bisnes MLM.





Premium Beautiful Corset untuk keyakinan diri.

SIHAT

CANTIK

ANGGUN




Tuesday, 15 November 2011

Kesan awal pemakaian PB

Kesan-kesan awal pemakaian Premium Beautiful Corset


  1. Sakit kepala - bagi orang yang kerap sakit kepala & migrain.
  2. Sakit tulang belakang - bagi orang yang selalu mengalami sakit belakang ( tindakan awal menyelaraskan tulang belakang )
  3. Terkentut & sendawa - bagi orang yang banyak angin (tindakan membuang angin)
  4. Badan rasa sedikit sakit - bagi orang yang selalu demam & sakit sendi kerana semasa memakai Premium Beautiful Corset seperti di dalam proses berurut.
  5. Payudara terasa sengal - memulih & bertindak untuk menegangkan & menaikkan semula payudara seperti zaman remaja.
  6. Berat badan turun - menunjukkan berat badan sipemakai tidak sesuai dengan ketinggian.
  7. Gatal - gatal pada anggota badan & tempat tertentu - terlalu banyak asid yang dikeluarkan melalui perpeluhan.
  8. Badan terasa cergas & lebih aktif - kerana tindakan resonan molekul air di dalam badan lebih aktif setelah memakai Premium Beautiful Corset oleh kerana tindakan FIR.



Isikan borang order anda di sini.

Name:
Email Address:
Alamat penuh
H/P No :
Ukuran puncak payudara (cm)
Ukuran bawah puncak payudara (cm)
Ukuran pinggang (cm)
Ukuran punggung (cm)
Cara pembayaran Cash
Maybank
CIMB
Kad Kredit (M'sia)

Postage Poslaju RM10.00 Flatrate (M'sia)
International courier (Base on country)
Order tambahan Natural wash
Herbal Maharani
Lactolite
Lain lain pertanyaan

This online form was provided by Freedback.