Harga : RM 65.00 / 1 kotak
Kuantiti : 1 kotak = 6 bebola putih ( 300 biji kecil pil herba )
(setiap 1 bebola putih mengandungi 50 biji kecil pil herba)
Herbal Maharani atau Beijing Te Zhi Bai feng Wan adalah berasal daripada formula tradisional Bai Feng Wan pada masa dinasti Ming. Ia dihantar dari farmasi diraja ke Beijing Tong Ren Tang untuk dihasilkan sebagai ubat yang khas untuk kegunaan istana maharani. Maharani menggunakan ubat ini untuk mengekalkan keremajaan dan kecantikan, melewatkan penuaan dan menjaga kesihatan. Beijing Te Zhi Bai Feng Wan menggabungkan banyak jenis ubat yang berharga dan dihasilkan melalui teknologi terkini. Ia bersifat halus, lembut, rasa wangi dan tulen, berkesan dalam menambahkan tenaga dan darah, juga menyelaras kitaran haid wanita.
Herbal Maharani dahulu dikenali sebagai Te Zhi Bai Feng Wan telah di bawa masuk untuk pasaran Malaysia pada April tahun 2001 semasa usahasama Negara China dan Malaysia (Diluluskan oleh KKM -MAL 20014413T) dan HALAL.Pada Januari 2004 telah dilancarkan secara besar-besaran untuk pasaran wanita Islam Malaysia.
Di Malaysia , Syarikat yang mendapat hak untuk memasarkan Herbal Maharani adalah Hai-O,kerana ia adalah syarikat herbal tunggal yang tersenarai di Bursa Malaysia hingga kini dan pemegang "The Malaysia Book of Record" dalam rangkaian kesihatan herbal terbesar di Malaysia.
Menurut rekod perubatan China , Herbal Maharani telah diamalkan lebih 3000 tahun (Zaman Dinasti Tang) dan hanya untuk kegunaan kerabat diraja sahaja. Pada tahun 1669 Syarikat Tong Ren Tang telah dilantik bagi memelihara dan memasarkan khazanah perubatan khusus untuk wanita ini ke seluruh dunia.Sehinggakan tahap jualannya mencecah RM2.7 Billion setahun.
Apakah ramuan yang terkandung dalam Herbal Maharani ?
Kombinasi lebih 20 jenis ubat tradisional yang berharga, iaitu pati ayam hitam, Concha, Ostrea Gigas, Cornu Cervus Nippon, Radix Astragalus Membranaceus, Radix Panax Ginseng, Rhizoma Cyperus Rotundus, Radix Angelica Sinensis, Radix Paeonia Lactiflora, Radix Rehmannia Glutinosa, Rhizoma Ligusticum Chuanxiong, Radix Salvia Miltiorrhiza, Rhizoma Dioscorea Opposita dan Radix Giycyrrhiza Uralensis.
Apakah kesan pengambilan Herbal Maharani ?
Herbal Maharani diperbuat daripada pelbagai jenis ubat tradisional yang berharga, mempunyai kesan :
- menambahkan tenaga dan darah,
- menyelaraskan kitaran haid,
- mengawal keputihan,
- melegakan tekanan dan kesakitan.
Biasanya ia digunakan untuk merawat kelemahan badan yang disebabkan oleh :
- kekurangan tenaga dan darah,
- kelesuan pinggang dan lutut,
- perpeluhan dan debaran spontan,
- kepanasan,
- kitaran haid yang tidak teratur,
- disentri,
- pendarahan dalam rahim,
- keputihan dan sebagainya.
Cara pengambilan :
Disebabkan Herbal Maharani di perbuat daripada wap,kesan perubahan pada sistem tubun seseorang berlaku amat cepat kerana ia boleh menembusi segala sel dalam tubuh, salur darah ,ovari, payu dara dan lain-lain. Disyorkan pengambilan air kosong sam (terbaik air alkali) yang banyak untuk membantu mengimbangi proses penyerapan.Pengambilan yang disyorkan ialah 1/2 bola setiap hari sebelum makan(semasa ketiadaan haid).
Setelah habis sekotak, hentikan pengambilan untuk bulan yang tersebut dan sambung semula makan selepas haid pada bulan yang berikutnya.
Setelah habis sekotak, hentikan pengambilan untuk bulan yang tersebut dan sambung semula makan selepas haid pada bulan yang berikutnya.
SEBULAN AMALKAN SEKOTAK SAHAJA.
Perhatian !
- Ibu mengandung dilarang mengambil.
- Dilarang mengambil makanan yang sejuk & mentah dalam tempoh mengambil ubat.
- Tidak sesuai diambil ketika selsema.
- Mereka yang mengalami haid berlebihan harus merujuk kepada doktor.
Sijil Halal.