What do beauty women concern is weight management, how to lost weight, lost weight, weight lost, corset, corsets, corset dress, corset size, panty, panties, bra, bras, bra size, girdle, girdles, waist nipper, lingerie & more & more...mmmmm....

Friday, 18 November 2011

Merawat Obesiti

Merawat masalah Obesiti

Pada hari ini masalah lemak berlebihan yang keterlaluan atau juga dikenali sebagai obesiti merupakan antara topik paling popular dibicarakan terutama mengenai usaha untuk mencari penawarnya.

Pengaruh Barat yang dipaparkan melalui iklan-iklan dan pertunjukan-pertunjukan fesyen bahawa mereka yang bertubuh kurus dianggap cantik dan sempurna menyebabkan ramai di antara kita berusaha untuk mendapatkan berat badan yang sedemikian.

Selain kesedaran berhubung kesan obesiti pada status kesihatan dan perkembangan psikososial seseorang, berat badan berlebihan sering dikonotasikan dengan gambaran negatif. Namun, rata-rata mereka yang berusaha mendapatkan berat badan idaman dan mengekalkannya sering menemui jalan buntu.

Pakar Perunding Perubatan (Endokrinologi), Jabatan Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya Dr. Nor Azmi Kamaruddin berkata, dalam menangani masalah obesiti, individu terbabit kena memahami tubuh badan dan keadaan diri mereka sendiri. Menurut beliau, mereka yang ingin menurunkan berat badan perlu realistik. ``Senario proses menurunkan berat badan yang kita lihat hari ini rata-ratanya agak tidak praktikal. ``Contohnya, jika berat badan ialah 100 kilogram, individu terbabit ingin menurunkan hingga ke 60 kilogram. Ini adalah sesuatu yang tidak praktikal dan mustahil,'' ujarnya.

Obesiti diertikan sebagai jumlah berat badan yang berlebihan akibat kandungan lemak. Dianggarkan sebanyak enam peratus rakyat Malaysia menghadapi masalah ini. Menurut Dr. Nor Azmi, peningkatan penyakit diabetes di negara ini sejajar dengan meningkatnya masalah obesiti.

Pada tahun 2000, kadar peningkatan diabetes meningkat hingga 10 peratus berbanding tiga peratus pada tahun 1992. ``Di England, peningkatan obesiti sama banyaknya dengan masa yang dihabiskan ketika menonton televisyen,'' jelasnya. Tambah beliau, dalam usaha menurunkan berat badan masalah yang sering timbul ialah mengekalkannya. ``Biasanya apabila kita telah berusaha untuk mengurangkan berat badan, masalah yang muncul ialah untuk mengekalkan berat badan baru yang telah kita peroleh,'' ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan mereka yang ingin menurunkan berat badan supaya tidak terlalu obses dengan berat badan yang mereka ingini. Sebaliknya, sasaran utama yang perlu ditekankan ialah individu terbabit haruslah realistik dengan berat badan yang ideal dan sesuai dengan ketinggian mereka.

Pada peringkat awal, cuba kurangkan berat badan sebanyak 10 peratus dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan. Tambahnya, mereka yang menghadapi masalah obesiti juga tidak seharusnya mudah terpengaruh dengan program-program menguruskan badan yang banyak digembar- gemburkan di media massa. ``Sebahagian besar produk atau program-program yang ditawarkan untuk menguruskan badan terbukti tidak benar-benar berkesan. ``Memang ada yang berjaya dengan menggunakan kaedah ini, tetapi kejayaan seseorang tidak boleh dijadikan ukuran sebenar untuk menilai keberkesanan sesuatu produk,'' ujarnya.

Dr. Nor Azmi memberitahu, untuk membuktikan sama ada sesuatu produk itu benar- benar berkesan kepada pengguna, ia haruslah dibuktikan secara saintifik dengan lebih 50 peratus pesakit berjaya menurunkan berat badan dalam tempoh enam hingga 12 bulan. Menurut beliau, terdapat empat kaedah yang perlu dilakukan oleh mereka yang menghadapi masalah obesiti. Ini termasuklah diet, senaman, ubat-ubatan dan pembedahan.

0 comments:

Post a Comment

Isikan borang order anda di sini.

Name:
Email Address:
Alamat penuh
H/P No :
Ukuran puncak payudara (cm)
Ukuran bawah puncak payudara (cm)
Ukuran pinggang (cm)
Ukuran punggung (cm)
Cara pembayaran Cash
Maybank
CIMB
Kad Kredit (M'sia)

Postage Poslaju RM10.00 Flatrate (M'sia)
International courier (Base on country)
Order tambahan Natural wash
Herbal Maharani
Lactolite
Lain lain pertanyaan

This online form was provided by Freedback.