Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam
badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu
lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan
organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius.
Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga
semakin pendek.
Obesiti di Malaysia telah menjadi suatu trend yang semakin membimbangkan di kalangan
rakyat negara ini. Obesiti boleh mengakibatkan penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi,
Bekas Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Chua Jui Meng berkata , kajian mendapati hampir
3 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukan atau obesiti pada tahun 2000.
Di Malaysia, kadar obesiti paling ketara di kalangan kaum India, iaitu sebanyak
25.6 peratus, diikuti Melayu sebanyak 22.4 peratus dan Cina, 19.5 peratus.
Sebuah pusat penjagaan kesihatan, iaitu The Weight Management Information
Center (WMIC) ditubuhkan bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai
mengenai berat badan yang sihat melalui aktiviti fizikal, pemakanan yang sihat dan
pengendalian berat badan untuk jangka masa panjang.
Siapakah yang tergolong dalam obesiti :
- Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat
- Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi
- Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35
- Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau
- Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang
Makanan dan kesesuaian
Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita. Ini kerana diet
pemakanan yang sihat sebenarnya dapat membantu menghasilkan
tenaga serta dapat membantu tubuh kita bekerja dengan lebih baik.
Tentu ramai di kalangan anda yang gemar menghabiskan masa berada
di hadapan televisyen. Aktiviti sebegini memang menyeronokkan, tetapi
anda harus ingat aktiviti seperti ini sebenarnya tidak bagus untuk tubuh
badan anda. Aktiviti ini dipanggil sebagai aktiviti statik kerana anda hanya
duduk dan tidak sedikit pun melakukan senamanbagi membakar kalori
dalam tubuh badan. Ini mungkin boleh mendatangkan kegemukan.
Untuk itu, bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda
bolehlah melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain,
menari, menyertai acara sukan, mengemas rumah atau mencuci kereta
di waktu lapang atau apa sahaja aktiviti yang dirasakan sesuai dengan
keupayaan anda. Dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita juga dapat
membantu otot-otot kita menjadi kuat.
0 comments:
Post a Comment