What do beauty women concern is weight management, how to lost weight, lost weight, weight lost, corset, corsets, corset dress, corset size, panty, panties, bra, bras, bra size, girdle, girdles, waist nipper, lingerie & more & more...mmmmm....

Saturday, 17 December 2011

Si Isteri Ramping

ISTERI RAMPING RAHSIA RUMAH TANGGA BAHAGIA ?



Kajian dapati lelaki puas hati jika pasangan jaga badan

TENNESSEE: Kajian selama empat tahun terhadap 169 pasangan yang baru berkahwin mendapati golongan suami berpuas hati pada awalnya, manakala golongan isteri akan lebih puas dari masa ke semasa apabila mereka mempunyai indeks jisim badan lebih rendah, merujuk kepada lemak badan.

Hasil kajian terbabit disiarkan dalam jurnal Social Psychological and Personality Science bagi bulan ini.
“Wanita dalam masyarakat sekarang menghadapi banyak tekanan untuk memiliki badan kecil, sesuatu yang jarang dimiliki,” kata Andrea Meltzer, seorang calon profesor di Universiti Tennessee yang juga ketua penyelidikan itu.

“Mesej utama kajian kami adalah wanita sebarang saiz gembira dengan hubungan mereka dengan pasangan yang secocok. Ia berat relatif bukannya mutlak. Ini bukan bermakna mereka perlu menjadi lebih kecil.”

Bagaimana berat relatif memberi kesan kepada perkahwinan tidak jelas, tetapi Meltzer mempunyai teori.

“Satu pandangan ialah daya tarikan dan berat adalah lebih penting bagi lelaki. Ia mungkin sebab mengapa kita lihat ia wujud pada awal perkahwinan kepada si suami, dan suasana bahagia bagi isteri terjejas apabila suami mereka mula merasa tidak puas hati dalam hal itu selepas beberapa lama.”
Hasil kajian itu masih boleh dipegang walaupun apabila ada unsur tekanan lain terhadap perkahwinan seperti kemurungan dan tahap pendapatan, diketepikan. Pada masa sama, berat relatif bukan satu-satunya faktor yang menjejaskan kepuasan dalam perkahwinan, kata Meltzer.

“Jelas sekali banyak perkara bermain dalam kepuasan hubungan dan ini satu daripadanya. Ia bukan satu jaminan untuk menjadi gembira dalam sesebuah hubungan,” tegasnya.

“Lelaki dan wanita cenderung untuk gembira dalam sesuatu hubungan apabila lelaki terbabit lebih berkuasa dalam cara yang lebih lembut,” kata Susan Heitler, pakar terapi pasangan di Denver dan penulis PowerOfTwoMarriage.com.

“Berita baiknya ada pelbagai dimensi yang melambangkan kuasa lelaki,” katanya sambil merujuk kepada aspek ketinggian, berat badan, pendapatan, kecerdikan, tahap pendidikan, personaliti, malah senyuman lebar, kesemuanya memainkan peranan,” katanya.

Kesan perkahwinan terhadap berat badan dan begitu juga sebaliknya, adalah rumit untuk diperjelaskan.

Bagi wanita, rasa tidak puas hati selalunya boleh menyebabkan pertambahan berat badan – satu keadaan bahawa kedua-dua pasangan berasa tidak selesa bercakap mengenai. – Agensi Agensi

Wednesday, 30 November 2011

Monday, 28 November 2011

Wanita gemuk sukar hamil

wanita hamil

TERMA obesiti merujuk kepada individu yang mempunyai berat badan berlebihan sebanyak 30 peratus lebih dari yang sepatutnya. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja apabila individu tersebut kurang melakukan aktiviti, pemakanan yang tidak sihat dan boleh jadi juga masalah berkaitan dengan penyakit yang ada di dalam tubuh individu terbabit.

Jika dilihat pada luaran, ada segelintir masyarakat mentafsirkan golongan obesiti ini sebagai si tembam, memang ada kalanya nampak comel lebih-lebih lagi jika ia dialami oleh wanita. Tapi awaslah jika wanita obesiti itu berkahwin, ada sedikit berita buruk menanti mereka.

Satu kajian yang telah dilakukan menemui fakta bahawa wanita obesiti berisiko sebanyak 28 peratus untuk tidak mengandung dan jika mengandung pun kandungan mereka tidak berjaya ke peringkat kelahiran.

Kajian tersebut telah dibuktikan oleh seorang penyelidik dari Jabatan Obstetrik, Ginekologi dan Biologi Reproduktif Universiti Michigan Amerika Syarikat, Barbara Luke.

Luke telah melakukan kajian ke atas hampir 50,000 wanita yang menggunakan teknologi reproduktif. Kajian tersebut telah diterbitkan pada bulan November tahun lalu.

Kata Luke, tidak mengejutkan jika mereka yang mengalami obesiti sukar hamil kerana tubuh wanita itu tidak bersedia untuk pembesaran janin. Bagaimanapun tidak mustahil untuk wanita obesiti menjadi seorang ibu jika dia berjaya menurunkan berat badan dan menjaga kesihatan dengan sebaiknya.

Sebagai sebahagian dari kajian tersebut, Luke juga melihat bagaimana teknologi reproduktif dapat membantu wanita obesiti untuk mengandung. Luke turut membandingkan keputusan wanita dengan berat badan normal (BMI 18.5-24.9), wanita yang mengalami berat badan berlebihan (BMI 25-29.9), obesiti kelas 1 (30-34.9), kelas 2 (35-39.9) dan kelas (40 dan ke atas).

Beliau mendapati wanita yang mengalami obesiti pada kelas 3 mempunyai sebanyak 35 peratus risiko untuk tidak mengandung. Obesiti kelas 2 pula sebanyak 28 peratus tidak boleh mengandung dan sebanyak 3 peratus untuk wanita yang mengalami berat badan berlebihan.

"Kalau adapun antara mereka yang boleh mengandung, kebarangkalian untuk kelahiran pra matang meningkat sebanyak dua kali ganda," ujar Luke yang pernah dianugerahkan pingat dari Program Saintifik atas kajiannya tentang wanita obesiti dan mengandung oleh Persatuan Antarabangsa Perubatan Reproduktif di Atlanta Oktober tahun lalu.

Apabila wanita obesiti sukar untuk hamil maka kerisauan atau kebimbangan akan lahir di fikiran mereka, natijahnya ia hanya akan lebih memburukkan lagi keadaan.

Dari kes yang berjaya bersalin pula, jumlah kelahiran pra matang juga meningkat.

"Jadi jika anda merancang untuk memiliki zuriat dapatkanlah bentuk badan yang sepatutnya. Cuba amalkan gaya hidup sihat, berhenti merokok dan tidak meminum arak dan ingatlah berat badan adalah satu perkara yang amat perlu diberi perhatian," kata Luke.

Apa yang anda boleh lakukan?

*Kurangkan berat badan sebelum mengandung. Jika anda telah merancang untuk mengandung pada satu masa terdekat, jumpalah dengan doktor anda. Dia akan memberikan anda nasihat tentang berat badan yang sepatutnya yang boleh dicapai menerusi diet dan senaman.

*Pantau berat badan anda. Jika anda telah disahkan mengandung, jangan pula anda mahu berdiet untuk kuruskan badan.

*Senaman. Ia perlu dilakukan secara rutin walaupun setelah anda mengandung. Tanya pakar senaman dan doktor tentang senaman yang sesuai terutama ketika mengandung.

Tuesday, 22 November 2011

7 Amalan orang berjaya


1. Pro-aktif
Maksudnya mengambil tanggungjawab terhadap sesuatu perkara dan bukannya menuding jadi kepada orang lain atau persekitaran yang menimbulkan halangan dan masalah.

2. Mula dengan wawasan di dalam minda.
Bina wawasan berdasarkan prinsip “utara-benar”. Cipta satu pernyataan misi hidup anda dan bayangkan kesudahan misi anda itu. Minda anda perlu membayangkan kejayaan pencapaian misi tadi untuk merangsang diri anda melakukan langkah-langkah yang sesuai ke arahnya.


3. Utamakan yang utama
Dalam usaha mencapai sasaran jangka panjang, keluarkan kerja-kerja yang bersifat segera tetapi tidak penting untuk mencapai sasaran anda. Bahagikan tugas dan rancangan dengan sebaiknya agar anda tidak perlu memperincikan semua perkara.

4. Fikirkan Menang-Menang
Apabila menghadapi kebuntuan terutamanya apabila bertembungan kepentingan dengan orang lain, fikirkan penyelesaian (solutions) yang memberi manfaat kepada setiap pihak. Dengan itu, keberhasilan penyelesaian itu akan mudah dicapai.

5. Dengar dahulu sebelum berkata
Sebelum anda meminta orang lain mendengar permintaan atau nasihat anda, dengar terlebih dahulu perihal latarbelakang mereka. Apabila latarbelakang mereka diketahui anda, anda dapat memikirkan satu penyelesaian (solutions) yang memudahkan mereka menerimanya.

6. Sepadukan usaha
Amalkan kerja dalam kumpulan. Jika hal ini menjadi tabiat, pencapaian anda akan menjadi berganda kerana faktor kekuatan kumpulan (group) mengatasi kekuatan individu.

7. Tajamkan pedang
Dari masa ke semasa, amalkan peningkatan diri supaya kadar produktiviti dapat ditingkatkan selaras dengan perubahan masa.

Sunday, 20 November 2011

Tip pertama kali pakai Premium Beautiful Corset

Pertama Kali memiliki Premium Beautiful?

Apa syarat-syaratnya?

Kepada anda yang baru beli Premium Beautiful Corset tahniah diucapkan kerana telah memilih korset yang telah mendapat anugerah superbrand dan yang penting ada jaminan seumur hidup. Tapi sebelum anda mula mengamalkan pemakaian Premium Beautiful Corset ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan agar anda mendapat manfaat yang semaksimanya.

Saya boleh kongsikan disini;

1. DILARANG memakai 'seluar dalam' dan bra semasa pemakaian Premium Beautiful. Corset ini seumpama menggantikan pakaian dalam anda. Ini penting untuk pembentukkan semula pinggul anda (seluar dalam akan memberi kesan garis) dan payudara anda. Juga dikhuatiri sinaran fir tidak sempurna sampai ke badan/lemak anda untuk proses penyahtoksid dan pembakaran lemak anda. Tetapi dimaafkan memakai seluar dalam semasa period (datang bulan) sahaja.

2. Mesti mengekalkan disiplin pemakaian minimum 8 jam/sehari. Pakai lebih 8 jam boleh, tidaklah memudaratkan. Tetapi memadai dengan 8 jam sehari pada waktu yang paling aktif bekerja, contoh semasa waktu kita bekerja di pejabat.

3. Amalkan minum air secukupnya (min 8 gelas/sehari) . Bila anda kekurangan air tandanya sangat cepat, pertama kali memakai Premium Beautiful anda akan merasa pening kepala kerana kekurangan medium air di dalam badan.

4. Basuh pada waktu bila? Pada minggu pertama pemakaian setiap hari kerana pada minggu pertama proses penyahtoksid sedang berlaku. Minggu kedua dibolehkan 2,3 hari sekali basuh tetapi bergantung juga. Anda tidak perlu risau kerana baju ajaib ini akan memberi signalnya sendiri contoh; Anda akan merasa gatal atau tak selesa atau sudah berbau membuatkan anda sendiri tahu ia sudah masa untuk basuh.

5. Pantang Larang : Dilarang sama sekali basuh mesin, iron, dry clean, memintal/memerah kuat, menjemurnya 'direct sunlight'. Ia untuk menjaga kualiti sinaran fir dan tekstur kain supaya tahan lebih lama.

6. Jika berlaku sebarang isu kesihatan? Sila hubungi dealer anda untuk mendapatkan nasihat lebih lanjut. Baju ini bukan sahaja untuk kecantikan malahan untuk kesihatan. Jangan panik jika berlaku Healing Crisis, ia adalah kes normal bagi kami.

7. Jika anda tidak dapat 'result' yang anda expect? Ingat! Premium Beautiful guranteed on instant result pemakaian, bukan penurunan berat badan. Selepas pemakaian yang betul, anda sememangnya akan dapat cutting and shape, perut kempis dan kemas padat, pinggang ramping, yang jatuh akan uplift dan nampak hilang " inci. BUKAN guarantee sama sekali anda pakai Premium Beautiful anda akan hilang 5,10,15kg selepas mengamalkannya. Badan setiap orang adalah unik, result juga berbeza, ada yang cepat ada yang lambat turun berat. Tetapi janganlah bersedih, harus saya nyatakan disini, ada berita baiknya.. sesiapa yang telah memiliki Premium Beautiful dengan saya (dengan syarat disiplin dan mengikut syarat) memang telah mengalami penurunan berat badan.

8. Mahirkan diri anda dengan kaedah pemakaian yang betul, pengendalian di tandas, basuhan.

9. Perlukah saya diet atau jaga makan? Premium Beautiful membuatkan anda sentiasa rasa kenyang.-'Self Practise Good Diet'. contohnya: Selalunya anda ambil penuh pinggan, selepas memakai Premium Beautiful, 1/2 pinggan pun sudah kenyang. "Selalunya saya mencadangkan.. makanlah apa saja berkhasiat, dikuatiri anda tak cukup khasiat nanti lesu pula, ..dan yang peliknya berlaku apabila tanpa dietpun berat boleh turun, badan jadi firm... TETAPI jika anda yakin diet anda boleh membantu mempercepatkan,teruskan.."

10. Bila berlaku kerosakan (koyak, tulang patah dll) apa nak buat? Selagi anda memiliki TAG original Premium Beautiful di setiap keping,anda entitle untuk mendapat guarantee seumur hidup REPAIR FREE. Sila hubungi dealer anda, saya atau boleh hubungi terus pihak hai-o. Alamat dan contact no, tertera disetiap bag zip set anda.





Saturday, 19 November 2011

Jenis- jenis Gemuk



Kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 peratus ideal.Ini berlaku disebabkan kalori yg masuk kedalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan.Maka akan penyebabkan berlaku pengumpulan lemak dibahagian bahagian tertentu badan.


Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :

Gemuk Air

•Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
•Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.

Gemuk Angin

• Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.
• Mudah mendapat sakit kepala.


GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN

Picit bahagian lengan tangan,korang akan merasai lengan tangan mengelambir dan lembik.

Gemuk Daging

• Badan berasa berat dan pejal.
• Mudah penat apabila melakukan tugas harlan.
• Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin mi kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
• Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan

GEMUK DAGING

Picit bahagian lengan tangan,korang akan merasa pejal dan padat.

Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.

Friday, 18 November 2011

Indeks Jisim Badan

Indeks Jisim Badan (BMI) (bahasa Inggeris: Body Mass Index) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.

Indeks Jisim Badan
Carta Status BMI

Kurus Kurang 20.6

Normal 20.7 - 26.4

Gemuk 26.5 - 30.9

Obesiti 31.0 - 45.2

Bahaya Lebih 45.3

Anda tahu tidak, bagaimana cara untuk mendapatkan berat badan yang ideal? Kalau anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, anda boleh menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:

Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):

BMI = berat(kg)
------------------------------
tinggi(m) x tinggi(m)



Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah melihat carta di sebelah atas bagi menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu kurus.

Anda janganlah bersedih terhadap keputusan yang anda perolehi, kerana anda mungkin mengurangkan berat badan dengan memakan makanan yang seimbang.

Isikan borang order anda di sini.

Name:
Email Address:
Alamat penuh
H/P No :
Ukuran puncak payudara (cm)
Ukuran bawah puncak payudara (cm)
Ukuran pinggang (cm)
Ukuran punggung (cm)
Cara pembayaran Cash
Maybank
CIMB
Kad Kredit (M'sia)

Postage Poslaju RM10.00 Flatrate (M'sia)
International courier (Base on country)
Order tambahan Natural wash
Herbal Maharani
Lactolite
Lain lain pertanyaan

This online form was provided by Freedback.